Sunday, April 24, 2011

pros n cons....

huhuhuhu.......it ok for RM10.......
for the previous weeks my friends and i became the repondents for what.....aha...i ve no idea...but the topic is about reality tv....yeah.....reality tv....our opinion were needed and rewarded by RM10.....huhuhu it is paid ok...just talk and talk and and although smtimes we had  far away from the topic...huhuhu..who cares...the important is our wallet never show out  for the lunch.....during the discussion mostly my friends and i touch about the cons of the programe....it is contradict with our custom and bringing the bad influence for our people especially the teenagers.definitely, i think, our action responsed on what we see and our desire becoming the same as the figure will lure us.....naturally,we re easily indulge in hedonism.......likely we re dreaming with the faded style starting from the bottom to the top...those who re waste their time reflected  the figure with themself somehow willing to spend a lot of budget in voting just to see them for the next drama and also ve a big shoping  to appear  the same with their angel....for me it nothing compare to how much our time  was used to fill our lust...hahahaha.....i dont know...it also shot directly to me ok... lalalaalala.........  take the bullet straight to my brain....said bruno mars...my old friend....y???any problem???......
on the other hand,im also strongly believed....everything come with pros and cons...(+) and (-)........it not an  easy work, to stand on the stage and  be viewed by a lot of eyes....so...btw what re behind them....yes! the confidently...an ordinary person like black,siti nurhaliza etc... was starting from the zero and now they re hero......kot...the cultivating of the confident was showed for us as the one of the value should ve in everyone to success....they ve proved with the programe can be their platform to equip them becoming a profesional talent....then they get the power to influence everyone...in this case...we re the smartest judge and able to consider for our sake.......so why dont we use the pros to upgrade ourself and look the cons as a lesson....................we create the best....we will win......although 10 ringgit....able becoming 100 ringgit++++ depend on how we generate it.........

Saturday, April 2, 2011

i cant sleep as well waiting for dis result..hoooyooyooo.....adoyaii.....ve been rejected make me wonder what will happen for dis tyme,,,,hopefully dis tyme is my time laaa...ok.....

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
(Dadah Musuh Nombor Satu Negara)

Seringkali di dada akhbar memaparkan  remaja-remaja yang terlibat dalam  penyalahgunaan dadah.Perkara ini sudah tentu membimbangkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa.Hal ini kerana merekalah  bakal pemimpin negara di masa hadapan.Musnahnya remaja-remaja ini bermakna negara turut kehilangan aset yang amat penting untuk  menyumbang  kepada  kemajuan dan ketamadunan Negara, seiring dengan persaingan di peringkat globalisasi.Tambahan pula, baru-baru ini kita telah  digemparkan dengan kes pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekolah dan perkara ini  sudah menunjukkan betapa masalah ini telah sampai ke tahap yang kritikal kerana melibatkan mereka yang masih dibawah umur.

Jadi  pada pemikiran kita, apakah yang akan berlaku kepada mereka  dikemudian hari?

Adakah dengan  penubuhan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)  ataupun di peringkat antarabangsa seperti United Nation on Drug and Crime(UNODC) mampu membanteras penyalahgunaan dadah sehingga ke akar umbi?

Sejauh manakah masyarakat dapat memahami konsep 1 Malaysia dalam keberkesanannya untuk menyatukan masyarakat dalam bersama-sama memerangi najis dadah?

Sama-sama kita renungkan.

Secara ringkasnya,dadah dapat didefinasikan sebagai  apa-apa jenis bahan kimia sama ada yang bersifat asli atau tiruan, dan apabila dadah dimasukkan kedalam tubuh badan seseorang individu secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan individu tersebut  dari segi fizikal atau mental.Secara umumnya,dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu dadah jenis Opait,Perangsang,Penekanan,Hallucinogen dan Ganja.Manakala,Opait merupakan kategori dadah yang paling merbahaya dan banyak disalahgunakan oleh penagih dadah seperti Candu, Morfin,Heroin dan banyak lagi.

Dalam mencari solusi kepada masalah ini,faktor yang membawa kepada  penyalahgunaan dadah perlu diperhalusi.Antaranya ialah,perasaan ingin mengetahui dan ingin mencuba yang begitu membuak buak dalam diri.Jadi seseorang itu terpanggil untuk mencuba dadah dengan sendirinya. Selain itu, perasaan ingin mencuba, hadir setelah melihat rakan-rakan yang begitu asyik menikmati najis dadah tanpa memikirkan akibatnya dikemudian hari.Setelah selesai percubaan pertama,kesan ketagihan mulai muncul apabila badan mula rasa menggigil dan satu-satunya cara untuk mengurangkannya adalah dengan mengambil semula dadah dan begitulah yang terjadi seterusnya.

Tidak kurang juga,seseorang itu mula terjebak dengan najis dadah kerana ingin mencari ketenteraman  dan lari daripada masalah yang membebankan jiwa.Hal ini berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam kehidupannya  dan ingin mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan tekanan dengan cara yang mudah dan segera.Misalnya, pelajar  yang terlibat dalam krisis perceraian antara ibu dan bapa atau individu yang mengalami masalah keewangan, lazimnya akan mencuba mengambil dadah.Pengambilan dadah tersebut menyebabkan fikiran menjadi kosong dan diri seperti di awang-awangan. Seterusnya menghilangkan rasa tekanan  dan melupakan penderitaan  yang dideritainya.Penyelesaian ini akhirnya membawa kepada ketagihan dadah dan kemusnahan dalam hidup.

Faktor lain yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah ialah, kurangnya pengetahuan agama dalam kehidupan.Kita ketahui bahawa semua agama yang terdapat di dunia ini melarang penganutnya melakukan sesuatu yang boleh membinasakan kehidupan.Dalam agama Islam sebagai contohnya, Allah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat 195, yang bermaksud “Janganlah kamu lemparkan diri kamu kedalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik”.Jadi berdasarkan firman Allah SWT, jelaslah bahawa dengan pengambilan dadah boleh membawa kepada kebinasaan seperti merebaknya penyakit AIDS,kerosakkan akal fikiran dan sebagainya.Jadi kekuatan iman mampu menghalang daripada melakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan masa depan.

Peningkatan masalah ini sememangnya meninggalkan kesan yang sangat besar terutamanya kepada keluarga dan memusnahkan keharmonian berumahtangga.Perkara ini berlaku apabila ayah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarga tidak dapat menyediakan atau memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak.Mereka boleh diibaratkan seperti “gantung tidak bertali” kerana tidak lagi dipedulikan oleh  si ayah.Bagi anak-anak pula, mereka akan  mengalami gangguan emosi akibat daripada kepincangan dalam keluarga dan berisiko untuk terlibat dalam masalah sosial seperti melepak,seks bebas, dan yang paling membimbangkan ialah turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Jadi terbuktilah betapa dadah memberi impak yang besar dalam sesebuah keluarga.

Selain itu,dari sudut ekonomi pula,kerajaan terpaksa memperuntukkan belanja yang besar bagi  membendungi kes penagihan dadah yang semakin merebak dalam masyarakat.Peruntukan yang disediakan sepatutnya boleh digunakan untuk  tujuan pembangunan negara seperti meningkatkan prasarana dalam bidang pendidikan.Namun, sebaliknya kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak pusat pemulihan bagi penagih-penagih dadah yang semakin hari semakin meningkat, berdasarkan statistik yang dilakukan iaitu  seramai 70 hingga 80 orang penagih baru dilaporkan setiap hari.Peningkatan ini sudah semestinya turut meningkatkan  kos yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan.

Bagi mengatasi masalah ini, langkah-langkah berkesan perlu diwujudkan dengan segera.Antaranya ialah memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak.Ibu bapa berperanan dalam memperlengkapkan anak-anak dengan didikan sama ada pendidikan secara formal seperti pembelajaran di sekolah ataupun tidak formal seperti mengajar mereka mengaji Al Quran.Didikan ini penting untuk  memupuk nilai-nilai positif dalam diri mereka dan juga membentuk pemikiran anak-anak supaya benci akan dadah.Disamping itu,didikan ini perlu diserapkan kepada anak-anak sejak daripada mereka kecil kerana proses pembelajaran dan penerimaan  tidak berlaku dalam masa yang singkat.Bertepatan dengan pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”,apabila asuhan daripada ibu bapa mantap, maka anak-anak tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Di bawah satu bumbung, iaitu 1 malaysia,masyarakat juga memainkan peranan dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah.Masyarakat perlu mengikis sikap acuh tak acuh apabila melihat ada anggota masyarakat  lain  terlibat dalam masalah ini walaupun bukan dari kalangan ahli keluarga.Mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa seperti pihak polis ataupun  AADK  untuk  proses selanjutnya.Disamping itu, masyarakat harus melibatkan diri dalam kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membasmi penularan najis dadah di negara ini.Misalnya kempen “Belia Benci Dadah” yang sudah lama diwujudkan.Keberkesanan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan prinsip utama yang mendasari gagasan 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga yang  besar.Inilah yang menjadi tunjang  kekuatan untuk masyarakat dalam bersama-sama memerangi dadah.

Kesimpulannya,dadah dapat digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah disalahgunakan dan bukan untuk tujuan perubatan. Penyalahgunaannya tidak membawa manfaat ataupun kebaikkan. Sebaliknya dadah membawa kepada  kebinasakan hidup manusia. Seandainya masyarakat peka akan bahaya dan risiko pengambilan dadah,pasti ramai yang gerun untuk mendekatinya. Namun, demi kepentingan diri dan terlalu menurut hawa nafsu seseorang itu sanggup menagih dadah walaupun  hanya untuk kepentingan sementara tanpa menyedari bahawa dadah merupakan pemusnah bangsa dan musuh utama Negara.Oleh itu kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian yang berkesan bagi mengatasi  masalah ini daripada terus menghantui rakyat serta untuk menjamin kesejahteraan sejagat.Inilah yang dikatakan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”,iaitu slogan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,Dato Seri Najib Tun Razak untuk kita bersama-sama merealisasikannya.

my 1st hand,,,for 5 years......wakakkaka!!