Saturday, November 3, 2012

mum ..




Ketiga: Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]


Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]

  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada AllahSubhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.[5]




[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).
[2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).
[3] Sayang sekali kebanyakan wanita sekarang ini tidak lagi memandang mulia terhadap peranan mereka untuk melahir dan membesarkan anak. Apa yang dipandang mulia oleh Allah kini dipandang hina oleh manusia. Semua ini berlaku kerana manusia kini mengejar kemuliaan mengikut ukuran mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa apa yang dianggap mulia oleh sebahagian manusia dianggap hina oleh manusia yang lain. Apa yang dianggap mulia pada masa kini akan menjadi hina pada masa akan datang. Ringkasnya, kemuliaan mengikut ukuran manusia sentiasa bersifat nisbi manakala kemuliaan mengikut ukuran Allah sentiasa bersifat hakiki.
[4] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 9.
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 4 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2799


Sunday, January 8, 2012

Masih Terbuka......

Ada Jalannya........

semakin hari aku semakin dewasa.....dan aku percaya walau apa pn yang berlaku mesti Allah selitkan hikmah ke atas perkara itu...ya seburuk mn pn....pada mata kasar kita ia sangat meresahkan tp bg Allah kejadian yg ditimpakan itu hanyalah sebagai tanda kasihnya kepada kita agar kita kembali kepadanya....Alhamdulillah....aku cuba untuk menzahirkannya  sekerap mungkin agar aku mensyukuri segala yang berlaku......malam ne aku dihimpit pelbagai rasa...marah, benci, risau,putus asa....etc...........

nk dijadikan cerita.......satu persatu rasa  itu ilang.........mcm mn.....dengan kuasa Allah,Dia datangkan dengan pelbagai medium....mulanya aku rasa nk give up untuk teruskan usaha ini....tiba2 dlm beberapa ketika...sedang aku tgk masterchef,ezani 2(juara masterchef 1)terkeluar kata2 yg pernah aku dengar sblm ne...kurang lebih mcm ne la.."saya x sgka dulunya semua ne hya la angan-angan............"see......bagaikan orang tersentak,aku terjaga dari kegelisahan aku...aku pernah degar.....angan-angan.....kerana angan-angan beliau boleh berjaya...kata2 2 pn aku pnh dgr sblm ne......resepi kejayaan....degar kt mn aku x sure...aku mmg mempunyai angan2 dan impian.....aku mau sangat merealisasikannya....tersangat2....tp dek kerana ketidaksabaran aku....... aku mula untuk berputus asa.......tp x semudah itu kerana angan2 2 belom lg tercapai dn belom tertunai.............kemudian cerita seterusnya....the point is x sabar.......aku benci menanti sesuatu sebab aku rs mcm dipermain mainkan....waiting is quite hurt....but ttiba ja,,,aku teringat nk buka blog yg agak femes dan menjadi favourite aku ms ne...blog si maria elena 2 la......the topic is "waiting"when i read the flow of the story......it make me calm n guide me to think more better......one thing is contribute to be positif n lebihkan byk bersabar serta jgn byk melatah....see,dlm sedar x sedar......Allah sentiasa buka kan jln untuk kita........yg nk ambik point 2.... kita la.....sebabnya Allah anugerahkan akal untuk kita berfikir dan terus berfikir.....

selebihnya aku berserah kpd Allah,,,,kalau ada rezeki ada la.....yg penting aku cuba dn berusaha....the results whether good or not...bad or worse....aku x kesah......apa yg aku cuba tanamkan adalah percaya apa yg berlaku 2 mesty ada hikmahnya......bezanya......cepat @ lambat...........seryes.....aku rasa tenang  malam ne.......hopefully,tomorrow n the rest will be more better n positif....:)peace yo!















'

Friday, December 9, 2011


Almost done…………………………………………………J
It too much pain….too much sacrifice n too much tears…….all these mix together to form a beauty journey for my next phrase….even I had made a pair of heart hurt….but it almost heal by the creep of every minute……surely ,I will miss all my friends here where they re really down to earth…..Insyaallah we can prove that every step we had done…..paid!
In our live,im sure everyone ve their own stand…but sometimes, people cant choose on the right one…however….the wrong decision still can contribute to the perpect solution…because I think if our aim toward  our benefit….it still can be run…just the flow sometimes not as good as our thought….it hard….it ridiculous…..n  it may effect the whole of our life…….
Well,the fact is people re same but the goal will be undefined till the move of the plan………
B.E.Y.O.U.R. T.R.U.E. C.O.L.O.U.R. .I.T. S.T.R.A.N.G.E. B.U.T. I.T. Y.O.U.R.S.E.L.F.
                                    wait or escape??........a better choose......

Wednesday, May 25, 2011

a big hug to the morning.........

...........firstly,i wanna say that im not a woman who steadily wake up early in the morning...huhuuhu...im also addict to sleep as well as in my leisure time....but,one thing that make me quite useless whenever i lost my morning...huargggghhhh.....i really love the calming n quiet situation where i feel very peaceful without any disturbing...hopefully...it never rise up.....n i will be alone smile at the moment while my temperature ever be cool.....hahahha..bole cam 2.....actually  im  always keep thinking how do people without morning.....for the sleepaholic, it doesnt mean anything kot...instead for me,  im really appreaciate it...wake up early in the morning with white gleaming teeth.....show it all for nature....standing and stare to the green while talking to the wind...all give me the new strength for my every new episode......indeed, the privilege is just meaning for people who realise the existence.....that why people said..."pembuka pintu rezeki", for those starting their work early in the morning.....besides,my late beloved grandma always asked me to open the door every morning  related to these words...but sometimes im neglected.......:(...ill mannered....afterward,i feel the virtues when she asking me to do that......my work will smoothly finish without grumble to anyone......i luv u.....n hopefully u peace be there....undeniably...i can say....every second it will revolves n never to be rigid....precidely,i cant stop whenever the overcast return to be scorching n it is a rule in a human life......nobody deserved to change unless use with it.......a big pleased to the morning...
(what the point laaaaa.....)........S.H.A.K.I.R.A......


rant peacefully....no...think rationally...

Sunday, April 24, 2011

pros n cons....

huhuhuhu.......it ok for RM10.......
for the previous weeks my friends and i became the repondents for what.....aha...i ve no idea...but the topic is about reality tv....yeah.....reality tv....our opinion were needed and rewarded by RM10.....huhuhu it is paid ok...just talk and talk and and although smtimes we had  far away from the topic...huhuhu..who cares...the important is our wallet never show out  for the lunch.....during the discussion mostly my friends and i touch about the cons of the programe....it is contradict with our custom and bringing the bad influence for our people especially the teenagers.definitely, i think, our action responsed on what we see and our desire becoming the same as the figure will lure us.....naturally,we re easily indulge in hedonism.......likely we re dreaming with the faded style starting from the bottom to the top...those who re waste their time reflected  the figure with themself somehow willing to spend a lot of budget in voting just to see them for the next drama and also ve a big shoping  to appear  the same with their angel....for me it nothing compare to how much our time  was used to fill our lust...hahahaha.....i dont know...it also shot directly to me ok... lalalaalala.........  take the bullet straight to my brain....said bruno mars...my old friend....y???any problem???......
on the other hand,im also strongly believed....everything come with pros and cons...(+) and (-)........it not an  easy work, to stand on the stage and  be viewed by a lot of eyes....so...btw what re behind them....yes! the confidently...an ordinary person like black,siti nurhaliza etc... was starting from the zero and now they re hero......kot...the cultivating of the confident was showed for us as the one of the value should ve in everyone to success....they ve proved with the programe can be their platform to equip them becoming a profesional talent....then they get the power to influence everyone...in this case...we re the smartest judge and able to consider for our sake.......so why dont we use the pros to upgrade ourself and look the cons as a lesson....................we create the best....we will win......although 10 ringgit....able becoming 100 ringgit++++ depend on how we generate it.........

Saturday, April 2, 2011

i cant sleep as well waiting for dis result..hoooyooyooo.....adoyaii.....ve been rejected make me wonder what will happen for dis tyme,,,,hopefully dis tyme is my time laaa...ok.....

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
(Dadah Musuh Nombor Satu Negara)

Seringkali di dada akhbar memaparkan  remaja-remaja yang terlibat dalam  penyalahgunaan dadah.Perkara ini sudah tentu membimbangkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa.Hal ini kerana merekalah  bakal pemimpin negara di masa hadapan.Musnahnya remaja-remaja ini bermakna negara turut kehilangan aset yang amat penting untuk  menyumbang  kepada  kemajuan dan ketamadunan Negara, seiring dengan persaingan di peringkat globalisasi.Tambahan pula, baru-baru ini kita telah  digemparkan dengan kes pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekolah dan perkara ini  sudah menunjukkan betapa masalah ini telah sampai ke tahap yang kritikal kerana melibatkan mereka yang masih dibawah umur.

Jadi  pada pemikiran kita, apakah yang akan berlaku kepada mereka  dikemudian hari?

Adakah dengan  penubuhan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)  ataupun di peringkat antarabangsa seperti United Nation on Drug and Crime(UNODC) mampu membanteras penyalahgunaan dadah sehingga ke akar umbi?

Sejauh manakah masyarakat dapat memahami konsep 1 Malaysia dalam keberkesanannya untuk menyatukan masyarakat dalam bersama-sama memerangi najis dadah?

Sama-sama kita renungkan.

Secara ringkasnya,dadah dapat didefinasikan sebagai  apa-apa jenis bahan kimia sama ada yang bersifat asli atau tiruan, dan apabila dadah dimasukkan kedalam tubuh badan seseorang individu secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan individu tersebut  dari segi fizikal atau mental.Secara umumnya,dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu dadah jenis Opait,Perangsang,Penekanan,Hallucinogen dan Ganja.Manakala,Opait merupakan kategori dadah yang paling merbahaya dan banyak disalahgunakan oleh penagih dadah seperti Candu, Morfin,Heroin dan banyak lagi.

Dalam mencari solusi kepada masalah ini,faktor yang membawa kepada  penyalahgunaan dadah perlu diperhalusi.Antaranya ialah,perasaan ingin mengetahui dan ingin mencuba yang begitu membuak buak dalam diri.Jadi seseorang itu terpanggil untuk mencuba dadah dengan sendirinya. Selain itu, perasaan ingin mencuba, hadir setelah melihat rakan-rakan yang begitu asyik menikmati najis dadah tanpa memikirkan akibatnya dikemudian hari.Setelah selesai percubaan pertama,kesan ketagihan mulai muncul apabila badan mula rasa menggigil dan satu-satunya cara untuk mengurangkannya adalah dengan mengambil semula dadah dan begitulah yang terjadi seterusnya.

Tidak kurang juga,seseorang itu mula terjebak dengan najis dadah kerana ingin mencari ketenteraman  dan lari daripada masalah yang membebankan jiwa.Hal ini berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam kehidupannya  dan ingin mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan tekanan dengan cara yang mudah dan segera.Misalnya, pelajar  yang terlibat dalam krisis perceraian antara ibu dan bapa atau individu yang mengalami masalah keewangan, lazimnya akan mencuba mengambil dadah.Pengambilan dadah tersebut menyebabkan fikiran menjadi kosong dan diri seperti di awang-awangan. Seterusnya menghilangkan rasa tekanan  dan melupakan penderitaan  yang dideritainya.Penyelesaian ini akhirnya membawa kepada ketagihan dadah dan kemusnahan dalam hidup.

Faktor lain yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah ialah, kurangnya pengetahuan agama dalam kehidupan.Kita ketahui bahawa semua agama yang terdapat di dunia ini melarang penganutnya melakukan sesuatu yang boleh membinasakan kehidupan.Dalam agama Islam sebagai contohnya, Allah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat 195, yang bermaksud “Janganlah kamu lemparkan diri kamu kedalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik”.Jadi berdasarkan firman Allah SWT, jelaslah bahawa dengan pengambilan dadah boleh membawa kepada kebinasaan seperti merebaknya penyakit AIDS,kerosakkan akal fikiran dan sebagainya.Jadi kekuatan iman mampu menghalang daripada melakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan masa depan.

Peningkatan masalah ini sememangnya meninggalkan kesan yang sangat besar terutamanya kepada keluarga dan memusnahkan keharmonian berumahtangga.Perkara ini berlaku apabila ayah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarga tidak dapat menyediakan atau memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak.Mereka boleh diibaratkan seperti “gantung tidak bertali” kerana tidak lagi dipedulikan oleh  si ayah.Bagi anak-anak pula, mereka akan  mengalami gangguan emosi akibat daripada kepincangan dalam keluarga dan berisiko untuk terlibat dalam masalah sosial seperti melepak,seks bebas, dan yang paling membimbangkan ialah turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Jadi terbuktilah betapa dadah memberi impak yang besar dalam sesebuah keluarga.

Selain itu,dari sudut ekonomi pula,kerajaan terpaksa memperuntukkan belanja yang besar bagi  membendungi kes penagihan dadah yang semakin merebak dalam masyarakat.Peruntukan yang disediakan sepatutnya boleh digunakan untuk  tujuan pembangunan negara seperti meningkatkan prasarana dalam bidang pendidikan.Namun, sebaliknya kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak pusat pemulihan bagi penagih-penagih dadah yang semakin hari semakin meningkat, berdasarkan statistik yang dilakukan iaitu  seramai 70 hingga 80 orang penagih baru dilaporkan setiap hari.Peningkatan ini sudah semestinya turut meningkatkan  kos yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan.

Bagi mengatasi masalah ini, langkah-langkah berkesan perlu diwujudkan dengan segera.Antaranya ialah memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak.Ibu bapa berperanan dalam memperlengkapkan anak-anak dengan didikan sama ada pendidikan secara formal seperti pembelajaran di sekolah ataupun tidak formal seperti mengajar mereka mengaji Al Quran.Didikan ini penting untuk  memupuk nilai-nilai positif dalam diri mereka dan juga membentuk pemikiran anak-anak supaya benci akan dadah.Disamping itu,didikan ini perlu diserapkan kepada anak-anak sejak daripada mereka kecil kerana proses pembelajaran dan penerimaan  tidak berlaku dalam masa yang singkat.Bertepatan dengan pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”,apabila asuhan daripada ibu bapa mantap, maka anak-anak tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Di bawah satu bumbung, iaitu 1 malaysia,masyarakat juga memainkan peranan dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah.Masyarakat perlu mengikis sikap acuh tak acuh apabila melihat ada anggota masyarakat  lain  terlibat dalam masalah ini walaupun bukan dari kalangan ahli keluarga.Mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa seperti pihak polis ataupun  AADK  untuk  proses selanjutnya.Disamping itu, masyarakat harus melibatkan diri dalam kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membasmi penularan najis dadah di negara ini.Misalnya kempen “Belia Benci Dadah” yang sudah lama diwujudkan.Keberkesanan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan prinsip utama yang mendasari gagasan 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga yang  besar.Inilah yang menjadi tunjang  kekuatan untuk masyarakat dalam bersama-sama memerangi dadah.

Kesimpulannya,dadah dapat digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah disalahgunakan dan bukan untuk tujuan perubatan. Penyalahgunaannya tidak membawa manfaat ataupun kebaikkan. Sebaliknya dadah membawa kepada  kebinasakan hidup manusia. Seandainya masyarakat peka akan bahaya dan risiko pengambilan dadah,pasti ramai yang gerun untuk mendekatinya. Namun, demi kepentingan diri dan terlalu menurut hawa nafsu seseorang itu sanggup menagih dadah walaupun  hanya untuk kepentingan sementara tanpa menyedari bahawa dadah merupakan pemusnah bangsa dan musuh utama Negara.Oleh itu kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian yang berkesan bagi mengatasi  masalah ini daripada terus menghantui rakyat serta untuk menjamin kesejahteraan sejagat.Inilah yang dikatakan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”,iaitu slogan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,Dato Seri Najib Tun Razak untuk kita bersama-sama merealisasikannya.

my 1st hand,,,for 5 years......wakakkaka!!